Pages

Saturday, July 16, 2011

Kenapa ukhuwah itu indah

Bismillahhirrahmanirrahim...


Maksud ayat : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang ( bertelingkah ) itu; dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat. (Al Hujuraat :10)


Ana suka bersahabat,bermacam jenis manusia ada dalam senarai sahabat ana.

Ana ada sahabat yang macam ni



Ana ada sahabat yang macam ni




Walaupon mereka berbeza,ana sayang semua sahabat ana,ana harap mereka semua dapat menjadi antara golongan yang terawal masuk syurga.

Tak adil menilai manusia hanya dari pakaiannya,sama juga tak adil mengadili manusia dari perawakannya.

Pernah tak terfikir kenapa kita hidup,jika hanya untuk diri sendiri?

Pernah tak sesekali terlintas,bagus juga andai ada kita dalam jiwa di sekeliling kita?

Takkan manusia itu semua sama,andai kulit sahaja sudah berbagai warnanya,bagaimana pula akal yang tidak zahir di pandangan mata?

Kita semua berbeza,dan kalau perbezaan itu memulaukan kita,carilah sehabis mungkin titik persamaan kita.

Pelangi takkan indah hanya dengan satu warna.

2 comments:

Mujahidah Solehah said...

naam,ukhwah itu memang indah.sukar diterjemahkan melalui kata2.hanya orang yang benar2 menghargainya yg akan merasa kemanisan ukhwah.teruskan menulis ya akhi.semoga hasil nukilan enta terkesan di hati para pembaca.

Mujahid Dakwah said...

Ameen ya Rabb...Maafkan ana kerana terpaksa menangguhkan beberapa siri penulisan kerana ana agak sibuk dengan imtihan beberapa minggu lepas,EnshaAllah selepas 2bulan ini ada lagi imtihan,mujahidah solehah, doakan ana ya... JazakAllah kheir