Pages

Friday, July 8, 2011

Kufur nikmat


Dipetik dari kalimah suci ilahi,Surah Ar - Rahman,maksud ayat : Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Bismillahhirrahmanirrahim...

Beberapa hari lalu,di saat niat murni untuk berdakwah melalui peribadi hampir pudar,lantaran asyik diduga dengan ujian hidup yang pelbagai,saat itu jugalah Allah yang maha pengasih sering bijak menurunkan didikanNya.

Aku lantas teringat akan sesuatu yang agak lama telah ku lupuskan dalam kotak amalan setiap hariku di rantau wahabi ini.

Sebenarnya,sudah menjadi amalan lazim dalam keluargaku untuk sujud syukur setiap kali selepas solat. Tetapi,kerana selalu memikirkan akan ditegur oleh pakcik2 arab di masjid jika amalan lain diperkenalkan,sudah menjadi pemutus harap untuk beramal sedemikian.

Dulu pernah aku ditegur saat mula kaki menjejak masjid Nouh Al Qudoh(Masjid Jami3ah Yarmouk,ye itulah nama masjid tersebut),solat pertamaku di masjid itu adalah solat subuh,dan di sini,doa Qunut itu bukan sahaja bukan sunat mua2kkad,bahkan tidak pernah langsung dilakukan.Aku yang masih baru mengenal dunia luar,buat selamba je lah buat doa qunut sebab pada jenakku,mungkin imam ini lupa agaknya.

Tapi seusai solat,adalah seorang hamba Allah di sebelahku menegurku,tapi kerana ilmu bahasa arabku yang masih cetek pada waktu itu,aku menganggukkan sahaja(aku juga mengantuk),sehingga hamba Allah itu mula bersyarah dengan intonasi marah dan membuat muka selenga lambang hatinya yang masih berapi. Entah apa yang dimarahkan pon aku tak tau,tapi sejak pada itu,aku mula lebih berhati-hati dengan amalan yang ku lakukan di masjid. Kerana takut dikata orang,kerana risau dengan pandangan manusia yang tidak mengetahui akan makna mencari,dan takut akan sesuatu yang dianggap ganjil atau tidak selari dengan apa yang di dalam kamus ibadah mereka.

Maafkan anakandamu ini wahai ayahanda,tetapi Alhamdulillah...sekalung syukur atas doa kalian semua,diri ini kembali thabat untuk ibadah yang nampak kecil di mata,namun kesannya terasa,umpama perisa dalam masakan,tak diletak tak apa,namun jika ditambah,maka lebih terangkat aromanya.

Entry yang agak panjang,mukholasahnya perlu agar tidak disalah erti.Wahai sahabat-sahabatku pemegang panji Allah,ingatlah,dalam setiap amalan kita seharian,janganlah lupa untuk mengucapkan syukur,kerana tak ada manusia yang mampu tahu saat terakhir kita berterima kasih dengan pemberian Allah pada kita.

Andai syurga yang kita kejari,semoga dengan itu, kita niatkan untuk beramal ke jalan yang baik,dan dengan pelaksanaannya juga baik,insyaAllah berkatnya akan terasa.

Namun andai wang ringgit,PhD dan pasangan hidup yang kita angaukan,ketahuilah setiap saat kita terlalu obses dengan pencarian itu,saat itu jugalah cinta Allah akan semakin jauh dari kita.Andai Allah sayang kepadamu,nescaya Dia akan menunjukkan kerinduanNya kepadamu dalam setiap ibadahmu,tapi jika kamu terus melupakan Allah,nescaya pencarian kamu selama ini,akan menjadi sia-sia,kosongnya akan terasa.

Jangan kufur dengan setiap nikmat yang Allah berikan,kerana hidup kita yang sementara,pinjaman dari sang pencipta.Ucapkanlah syukur sentiasa,agar Allah akan ingin memberi yang terbaik kepada kita juga sentiasa.

Ya Allah,sesungguhnya Engkau maha pemberi,maka ku pohon agar kau berikanlah kepada kami yang terbaik dalam setiap apa yang kami lakukan,sedarkanlah kami dengan hidayahmu dalam setiap kesalahan yang kami kesalkan,dan dekatkanlah hati kami dengan dengan cintamu,agar hati ini sentiasa rindu kepadaMu,dan tidak terharap lagi cinta selainMu...Amiin ya Rabbal 3alamin...

No comments: