Pages

Wednesday, July 6, 2011

Muhasabah itu harus,istiqamah itu wajib



Bismillahhirrahmanirrahim...

Menusuri ruang waktu yang saban hari berlalu semakin cepat,aku mula terfikirkan saat bermula kehidupan di bumi anbia ini.

Kira-kira lagi 2bulan cukuplah 5tahun berada di sini,dan mengikut hukum Allah,setiap yang diciptakannya pasti akan menemui ajal,handphoneku,pingggan mangkukku,semua sudah menemui ajal,dan kini semangat berjuang itu pula telah menghampiri ajalnya.

Berbagai ujian datang menimpa saat diri ini mula melangkah ke tahun akhir pengajian,pelbagai soalan kepada sang pencipta telah ku utarakan dalam solatku dan doaku.

Kerana solatku ini milikMu,kerana amalku ini milikMu,kerana hidup ini milikMu,dan kerana saatku mati juga milikMu,maka aku pohon,agar kau kurniakanlah yang terbaik dalam setiap satunya.

Semoga setiap saat dalam hidupku ini,muhasabah diriku adalah keranaMu,bukan kerana mengejar sesuatu.

Semoga setiap ibadah yang ku istiqamahkan saban hari ini bukan untuk mencari cinta selainMu,tetapi cinta yang disandarkan kepada rindukan syurgaMu.

Pernah aku menjadi segagah singa di rimba,seteguh karang di lautan,namun istiqamah yang berasbabkan manusia,muhasabah kerana duniawi,niat murniku dibelenggu nafsu,lantas tewas aku menjadi lalang di padang,ditiup aku mengikut.

Penulisanku ini kurang berfakta,hanya pengalaman...namun pengalaman itu pedoman,tidak semua yang indah dapat dirasakan tanpa melalui pengorbanan.

Ya Allah,cekalkanlah hati menusuri ujian ini,titipkanlah kebahagiaan di akhir perjalanan ini.

Aku cinta padaMu ya Allah... Aku sayang padaMu ya Allah... Ya Muqallibal qulub,thabbit qalbina 3la deeneka ya Allah...

No comments: