Pages

Sunday, September 11, 2011

Cinta Agung


Bismillahhirrahmanirrahim...



Kali ini saya ingin membawa 3 kisah rumahtangga hamba-hamba pilihan Allah sebagai renungan bersama,pengubat kesedihan buat yang merasa segalanya telah berakhir dengan berakhirnya cinta.

Kisah pertama adalah kisah Nabi Allah Lut seorang penggerak dakwah penyebar agama Allah yang hanif namun takdirnya menentukan bahawa wanita yang mendampingi hidupnya adalah seorang wanita yang berpaling pada syariat Allah.Wabak sosial yang sangat menggerunkan pada zaman nabi Lut di mana masyarakatnya merupakan masyarakat yang ghairah dengan hubungan sejenis sama sekali tidak takut dengan ancaman Allah dan seruan kebenaran yang di bawa oleh Nabi Allah Lut.





Malah,wanita yang bergelar isteri yang diharapkan oleh sang suami menjadi penguat dirinya di jalan dakwah,langsung tidak menunjukkan keinginan untuk menghulurkan tangan membantu,menyeka peluh dakwah sang suami yang bertitisan,jauh sekali menjadi menjadi qurratul aini menyejukkan mata dan qalbu sang suami menghadapi kemelut masalah ummah.Namun ikhwan dan akhawat sekalian,Nabi Allah Lut tetap jua dipilih Allah sebagai hambaNya yang mati dalam keadaan husnul khatimah walau hidup di dunia tidak beroleh cinta suci seorang isteri.



Kisah kedua,susuk tubuh seorang muslimah sejati turut diuji oleh Allah besuamikan seorang suami laknatullah iaitu firaun siapa lagi muslimah yang di maksudkan kalau bukan Asiyah.Sebagai seorang muslimah,saya mengerti apa yang menjadi impian para isteri.Bukankah menjadi idaman para isteri,memiliki suami yang akan menjadi mursyid pada jalan-jalan syurganya didunia,yang akan berusaha menjadikannya bidadari indah dalam ketaatan berumahtangga.



Namun perkara ini tidak berlaku kepada Asiyah.Suami yang telah berbuat laknat dan syirik kepada Allah sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencari redha tuhannya.Malah,Asiyah wanita yang cukup tegar mempertahankan iman saat di ajak menyekutukan Allah.Sungguh cinta bukan penamat segalanya.Hamba ini juga dipilih Allah sebagai barisan muslimah mukminah yang akan menghiasi taman-taman syurga,Asiyah juga menemui Allah dalam keadaan husnul khatimah.



Kisah ketiga,kisah cinta agung antara Khadijah dan Rasulullah.Bagaimana diceritakan dalam lembaran sejarah,Khadijah terpaut kerana akhlak terpuji Rasulullah.Siapakah Rasulullah saat pertemuan pertama Khadijah?Rasulullah bukanlah seorang yang kaya raya,bukan jua seorang ahli pernigaan yang mempunyai empayar perniagaan setanding dengan khadijah,Rasulullah juga bukan siapa-siapa dalam soal pangkat dan darjat.Khadijah seorang wanita yang jutawan malah mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat,dengan penuh kerelaan menyerahkan dirinya untuk di sunting seorang pemuda berakhlak bernama Muhammad Rasulullah saw.Ya..kerana akhlak Rasulullah lah akhirnya rumah tangga yang dibina oleh mereka membangun menjadi mahligai kasih sejati.



Sahabat-sahabat,
Usaplah airmatamu,tersenyumlah dengan sifat Allah yang Maha Penyayang dan Pengasih.Sungguh Allah tidak pernah mensia-siakan dirimu.Bertaqwa dan yakinlah pada janji Allah,bahawa wangian syurga hanya akan dapat dihidu oleh hamba yang mendapat Rahmat dariNya.Berhentilah dari menangisi pemergian cinta manusia,kerana mungkin sahaja dirimu hamba yang kuat di sisi Allah,sehingga Allah mengizinkan untuk terjadinya musibah ini ke atas mu.cinta bukan pengakhiran segalanya,kerana apa yang menjadi penamat hidup hanyalah mati dalam keadaan husnul khatimah.itulah sebenarnya yang diidamkan.



Buatmu pengggerak-penggerak dakwah,
Jangan biarkan syaitan meracuni pemikiranmu dengan mendatangkan angan-angan yang tinggi melangit akan keindahan berumahtangga ditemani pejuang dan srikandi dakwah sehingga kita lalai akan tugas ibadah sebenar. Berhentilah mencipta model-model suami atau isteri yang sempurna,kerana tidak mungkin kita menemui manusia tanpa sebarang kekhilafan yang berlaku pada dirinya.Teladanilah Khadijah dalam memilih pasangan hidup,cukuplah dengan meyakini agama dan akhlak.



Usah kecewa andai yang di harapkan tidak sesempurna yang diinginkan kerana hidup ini adalah untuk sentiasa mensyukuri.
Teringat saya ketika berusrah dengan aktivis Kammi(Indonesia) dari kalangan muslimah,mereka mengatakan ‘kami ditarbiyah supaya siap mengahwini siapapun walau bukan dari jemaah dakwah yang sama’.

Saling berpandangan,kami tersenyum penuh makna.

*Artikel by Hamba Allah

No comments: