Pages

Sunday, September 11, 2011

Modul Tarbiyah


Bismillahhirrahmanirrahim...



Pengisian kali ni,cuba disampaikan dalam suasana bersahaja dan santai namun cukup besar manfaatnya. Aku kongsikan perbualan ku bersama si kecil yang ku panggil sya.
Petang itu,aku menghabiskan masa ku berbual bersama si kecil.Si kecil itu cukup tenang wajahnya,petah percakapannya malah dia antara sepupu yang rapat dengan ku.
Mencongak-congak ramadhan yang bakal tiba,aku mula terfikir..aku harus memberikan materi tarbiyah buat si kecil ini supaya dengan izin Allah,akan lebih kuat azamnya untuk berpuasa penuh tahun ni.




Aku mulai menyusun kata.Ku ambil sepinggan biskut dan ku letakkan di hadapannya.
‘sya..meh makan biskut..biskut ni sedap tau’.
Aku memulai memakan biskut tersebut dengan membawanya bersama membaca doa.Sengaja ku memakan sebiji sahaja dan mengatakan aku sudah kenyang.Mukanya nampak berkerut.
‘Abang dh kenyang?’
‘Alhamdulillah..dah.sya?’
‘Sya nak makan banyak lagi..biskut ni sedap’.



Sengaja ku membiarkan si kecil itu memakan hampir separuh dari biskut yang ku hidangkan.perlahan aku merapati tubuhnya dan ku sentuh tangannya.
‘Sya makan berapa biji?’
‘Sya makan 5 biji.skrg dah kenyang’jawabnya sambil tersenyum manja.
‘Sya,abang nak tanya sesuatu.agaknya kenapa ye abang makan sebiji dah rasa kenyang,sya makan 5 biji baru rasa kenyang?’
‘sebab perut sya besar’.

Aku menahan ketawa mendengar jawapannya.Dengan menyebut asma Allah,aku memulai pengisian,mudah-mudahan si kecil ini mampu memahami apa yang ingin aku sampaikan.
‘Hari ni abang nak kongsi sifat Allah yang sya wajib tahu.Allah tu Maha berkuasa,dan Allah juga Maha pemurah.dengan sifat kekuasaan Allah,Allah mampu buat apa sahaja.Sya nak apa sahaja,Allah boleh buat.Begitu juga dengan apa yang kita buat sekarang ni.Abang dan sya makan biskut yang sama,tapi abang kenyang dulu sedangkan abang makan sikit je’.



Sya tersenyum,seolah dia tahu bahawa aku ingin mengatakan bahawa dia hampir memakan kesemua biskutku.
‘Sebenarnya sya,kuasa Allah lah yang menjadikan abang kenyang walaupun abang makan sikit je,Alhamdulillah.Sya pun patut bersyukur pada Allah sebab sifat pemurah Allah lah,Allah izinkan sya makan banyak.cuba abang tengok mulut sya’sambil aku membelek-belek mulutnya.
‘Alhamdulillah,tengok..kan Allah maha pemurah,bagi gigi yang elok,senang sya kunyah makanan,smpai sya bleh makan banyak.’tersengih sya memillih gelagat ku yang seakan doctor gigi.

‘Allah baik kan bang?’tanya si kecil itu.
‘Ye..Allah sangat baik.sebab tu sya juga mesti berbuat baik pada Allah.’aku rasa umpanku sudah mengena,lalu aku terus sahaja menyambung perbualanku ke agenda utama,materi tarbiyah ramadhan buat si kecil.

‘Tak lama lagi,bulan ramadhan kan?...Nanti sya kena belajar puasa.sya ingat apa yang abang cakap tadi..kenyang atau lapar semuanya milik Allah,Allah je yang berkuasa nak bagi hambanya rasa apa,samaada kenyang atau lapar.waktu puasa nanti,sya doa kat Allah,supaya bagi sya rasa kenyang walaupun tak makan sampai tiba waktu berbuka..ok x?’
‘Ok abang,nanti sya doa minta Allah bagi sya rasa kenyang je ek,pas tu sya bleh puasa sampai petang’.
‘Alhamdulillah..sya janji tau ngan abang ye.’



************************************************

Itu antara materi tarbiyah yang spontan ku lakukan sebelum ramadhan yang lepas. Apa yang ingin aku utarakan kepada pembaca-pembaca sekalian,adalah keperluan tarbiyah dan didikan islam yang perlu kita sampaikan kepada sesiapa pun.Bagaimana kita hendak menyampaikan kelebihan memberikan salam,bagaimana hendak menerapkan kewajipan solat,bagaimana meneguhkan akar aqidah dalam diri muslim dan banyak lagi aspek islam yang indah perlu di tonjolkan dengan cara yang kreatif.



Tarbiyah islam itu sifatnya hidup dan sentiasa mekar sekiranya kita rajin menambah pelbagai pengisian setiap masa.Mari kita buat lebih banyak modul-modul pengisian tarbiyah sebagai bekalan sepanjang masa dan kongsikan dengan sahabat-sahabat kita....Selamat beramal..

*Artikel by Hamba Allah

No comments: