Pages

Tuesday, September 13, 2011

Salah Faham Terhadap Islam


Bismillahhirrahmanirrahim...




Artikel kali ini ana cuba membawa satu perbincangan yang berkaitan dengan sistem qanun islam.Ana telah bertanya secara rambang kepada beberapa responden tentang pandangan mereka berkaitan system hukuman dalam islam.
‘Kalau zaman nabi boleh la potong-potong tangan,sekarang zaman dah moden’
‘Takut lah dengan hudud ni..macam kejam je..’

Itu antara respon mereka dan ramai lagi yang memberikan respon negative hampir menyerupai respon-respon di atas.
Ana dan sahabat-sahabat telah membedah kitab "Salah faham terhadap islam" yang telah ditulis oleh Syeikh Muhammad Qutb.Antara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan hukuman yang terdapat dalam islam.Kefahaman berkaitan dengan hukum islam makin jelas apabila ana mengambil subjek pengajian hudud pada semester yang lepas.
Apa yang jelas,mengkaji system qanun dalam islam menjadikan ana semakin mengenal Allah yang Maha Penyayang dan Pengampun.Ana juga semakin meyakini bahawa tidak ada yang lebih layak mentadbir dunia selain daripada syariat islam.



KONSEP HUKUMAN MENURUT PANDANGAN BARAT DAN ISLAM.

Pandangan Barat

Menurut pandangan Mr Freud,perlakuan jenayah yang terjadi dalam kalangan masyarakat bukanlah terjadi atas kehendak diri sendiri tetapi perlakuan jenayah ini kebanyakkannya dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana.Penjenayah tersebut hanya dianggap sebagai `korban’ persekitaran.



Pandangan golongan komunisma pula mengatakan bahawa perlakuan jenayah berpunca dari kegawatan ekonomi sesebuah tempat ataupun negara.Mereka turut berpendapat bahawa masyarakat merupakan golongan suci yang tidak seharusnya mendapat gangguan dari mana-mana kelompok atau individu.

Pandangan Islam



Sistem qanun dalam islam merupakan satu-satunya sistem yang menjanjikan kebajikan dan keadilan kepada pesalah.Prosedur-prosuder ke arah mentsabitkan sesuatu kesalahan juga di lakukan dengan amat teliti supaya tidak berlaku sebarang penganiayaan.

Dalam fiqh jenayat islam,terlalu banyak perbahasan para ulama dalam menetapkan prosedur pentsabitan jenyah.Bermula daripada analisis pesalah,pendakwa atau saksi,bahan yg digunakan untuk melakukan jenayah dan macam-macam lagi sehinggakan tahap akhlak pesalah atau saksi turut di teliti untuk mengetahui sejauh mana tahap tsiqah atau kepercayaan dan amanah sesorang itu.

Bagi yang masih kabur tentang keadilan sistem qanun islam,maka harus diketahui bahawa islam datang dengan pakej yang cukup iaitu ‘merawat’ dan ‘mengubat’.Analoginya mudah, Apakah sesuatu sistem perubatan itu di anggap efektif jika hanya menyediakan para doktor pakar yang bersiapsedia di hospital menunggu kedatangan pesakit-pesakit baru? Adakah cukup sekadar itu,tahap kesihatan masyarakat akan meningkat lebih baik? Sudah pasti tidak..

Kempen-kempen kesihatan perlu giat dijalankan,masyarakat perlu diberi kesedaran dalam pelbagai aspek kesihatan dari punca sesuatu wabak,kepada cara menghindarinya.Begitu jugalah dengan sistem qanun islam.Berpaksi kepada sunnah rasulullah untuk melakukan kerjabuat amar maaruf nahi munkar,sistem qanun dalam islam datang dalam pakej yang sempurna.Dengan melakukan islamisasi pada semua sistem kehidupan manusia,samaada melibatkan soal muamalat seharian,perniagaan,sewaan,pinjaman,jual beli dan sebagainya sehinggalah kepada aspek sosial dalam semua isu,pergaulan,hubungan nonmuslim dan muslim,hubungan rakyat dan pemerintah,hiburan juga dalam aspek ibadah samaada yang berkaitan dengan aurat,program-program intensif untuk menambahkan kefahaman syariat dan sebagainya.



Justeru,tidak timbul lagi soal islam kejam dan sebagainya,kerana revolusi islamisasi dalam semua sistem kehidupan manusia telah berjaya mengurangkan kadar jenayah.
Sistem Qanun dalam islam juga tidak pernah lompang dalam menjaga kebajikan dan maruah pesalahnya.terdapat beberapa faktor-faktor tertentu yang membolehkan berlaku pengecualian dalam mentsabitkan jenayah.Sungguh islam sangat menjaga maslahah ummah dengan tidak mengenepikan qawaid fiqhiah dalam analisis penstabitan jenayah.

Berikut merupakan perbezaan antara sistem sivil dan sistem qanun islam:



•Undang-undang islam adalah dari Allah yang bersesuaian dengan fitrah manusia sedangkan undang-undang sivil adalah dari manusia yang boleh terpengaruh kepada persekitaran

•Undang-undang jenayah islam tidak terpisah dengan aspek aqidah dalam membenteras jenayah berbeza dengan undang-undang jenayah sivil yang hanya bergantung kepada sistem penguatkkuasa dan kekerasan semata

•Skop jenayah dalam islam yang luas dan menjadikan seluruh kehidupan masyarakat dibawah penjagaan yang sistematik dan menyeluruh

•Konsep menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran yang tidak terdapat dalam undang-undang sivil yang hanya akan berfungsi jika terdapat sebarang laporan dibuat.

•Undang-undang jenayah islam amat berhati-hati dalam soal menstabitkan jenayah. Dalam undang-undang jenayah sivil, soal akhlak dan perangai saksi tidak diambil kira dalam menentukan kesahihan keterangannya.

•Undang-undang jenayah islam tidak membenarkan pemerintah menahan seseorang tanpa di adili dan di dakwa dengan prosedur yang sah.Dalam undang-undang jenayah sivil, terdapat peruntukan yang membenarkan tahanan tanpa pembicaraan yang disebut sebagai tahanan pencegahan atau preventive detention.

•Undang-undang islam menggariskan pelbagai hukuman yang mempunyai kesan yang mendalam berbanding sivil.Kesan pelaksanaan hukum sivil yang tidak menjaga maslahah ummah seperti penjara seumur hidup dan sebagainya.

•Terdapat keberkatan dalam undang-undang islam berbanding sivil yang masih tidak dapat menyelesaikan banyak isu-isu jenayah kerana gagal menimbulkan kesedaran dan kegerunan masyarakat terhadap jenayah itu sendiri.

*Artikel by Hamba Allah

No comments: