Pages

Friday, September 2, 2011

Majlis Graduasi Madrasah Ramadhan 1432H


Bismillahhirrahmanirrahim...



Sering kali kita diungkapkan dengan nasihat agar memperbanyakkan amal di bulan Ramadhan.Bulan rahmat, Bulan keampunan, Bulan magfirah, Bulan diturunkan Al quran,dan sebagainya, bulan itu baru sahaja berlalu pergi beberapa hari lalu,namun ramai orang lupa,segelintir endah tak endah dan sedikit sahaja yang mengenangkan Ramadhan itu...bahkan tatkala hari yang memperingati kemenangan kita ke atas nafsu itu tiba, seringkali nafsu pula yang memenangi kita.



Ada pula yang menjengah begini, "Perlukah kita hanya beramal di bulan Ramadhan sahaja? Tidak adil pula untuk bulan lainnya"...Mestilah tidak begitu,tapi kalau sudah bulan itu memang terang dijadikan Allah ada kemuliaan baginya,bukankah afdhal kita melebihkan amalan kita? Apakah kita merasakan amalan kita di bulan lainnya sudah terlalu berganda berbanding orang lain lantas kufur dengan nikmat bulan mulia yg diberikan Allah ini?

Rangkap puisi Nasyid tentang Ramadhan terlalu banyak untuk didendangkan, hadith serta ayat Quran menceritakan kelebihan bulan mulia ini terlalu banyak untuk dibahaskan, google je mesti jumpa, maka satu persoalan pon timbul, "Dah tuu kenapa menulis tentang bulan Ramadhan di bulan shawal ini, kenapa?.. Buang tebiat ke? Time Ramadhan sibuk sangat ke sampai tak sempat nak update blog?"  Jawapan bagi soalan ini ,ana sendiri pon tiada jawapannya,kewajipan memang sentiasa lebih banyak dari masa yang ada,seringkali ana terlantar,terlelap mata tanpa sedar di teratak sahabat-sahabat dek terlalu letih melunaskan semua amanah yang disampaikan sehingga terlupa ada juga ruang berdakwah di sini yang perlu diisi..
(jawapan skema bloggers pemalas kot?)



Berbalik kepada maudhu' asal,Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, di sini ana ingin menyeru diri ana dan entum sekalian,ayuhlah kita menggulungkan segulung ijazah untuk diri kita sendiri agar kita tergolong ke dalam golongan yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di madrasah Ramadhan yang lalu,dan andai amalan kita tidak mencapai sasarannya,usahlah sedih,kita masih ada imtihan "STPM" dan "Matrikulasi" di bulan syawal,zulkaedah,dan zulhijjah.

Sedikit peringatan juga untuk entum semua,dalam bulan syawal ini juga tercatat amalan yang indah untuk diamalkan oleh kita

Dari Abu Ayyub radhiyallahu anhu:



“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.” [Riwayat Muslim] <-- Google je,mesti jumpa wAllahi!

Mukhalasahnya teman sekalian, dekatkanlah diri kepada Allah pada setiap masa dan keadaan, nabi Muhammad SAW sendiri apabila ditanya amalan apa yg paling disukai beliau, baginda menjawab bahawa amalan tersebut adalah amalan yg sedikit tetapi berterusan. SubhanAllah,Apa yg nabi sampaikan itu memang menyentuh hati ini kerana teramat sukar rasanya untuk kita yang ada pelbagai komitmen ini untuk melakukan ibadah khusus sepanjang waktu, namun andai diberi peluang oleh Allah untuk memperbaiki amalan kita sepanjang tahun pada bulan yang satu itu,maka rebutlah peluang itu sebaiknya.



Sahabat sekalian,ana dengan tulus mendoakan semoga bulan Ramadhan lalu memberi sedikit penolak dan pengukur aras iman kita pada tahun sudah,dan menjadikan kita bersedia untuk menempuh bulan yang berbaki ini sebelum tiba akhir tahun ini dengan bekalan penguat keazaman untuk lebih terus menanam benih iman dan taqwa dalam diri agar kita dapat menuainya di akhirnya nanti inshaAllah...

Akhir kalam dari ana,Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin muslimat penegak syiar Islam di atas muka bumi ini...Eid Mubarak...Kullu A3mun wa entum enshaAllah ta3ala bil5eir!


Saturday, July 16, 2011

Kenapa ukhuwah itu indah

Bismillahhirrahmanirrahim...


Maksud ayat : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang ( bertelingkah ) itu; dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat. (Al Hujuraat :10)


Ana suka bersahabat,bermacam jenis manusia ada dalam senarai sahabat ana.

Ana ada sahabat yang macam ni



Ana ada sahabat yang macam ni




Walaupon mereka berbeza,ana sayang semua sahabat ana,ana harap mereka semua dapat menjadi antara golongan yang terawal masuk syurga.

Tak adil menilai manusia hanya dari pakaiannya,sama juga tak adil mengadili manusia dari perawakannya.

Pernah tak terfikir kenapa kita hidup,jika hanya untuk diri sendiri?

Pernah tak sesekali terlintas,bagus juga andai ada kita dalam jiwa di sekeliling kita?

Takkan manusia itu semua sama,andai kulit sahaja sudah berbagai warnanya,bagaimana pula akal yang tidak zahir di pandangan mata?

Kita semua berbeza,dan kalau perbezaan itu memulaukan kita,carilah sehabis mungkin titik persamaan kita.

Pelangi takkan indah hanya dengan satu warna.

Sunday, July 10, 2011

Bersihkan jiwa dengan Istikharah



Bismillahhirrahmanirrahim...

Belakangan ini,seringkali beberapa sahabat datang berkata:

Bagaimana mahu akur dengan tentangan,saat diri ini masih memerlukan bantuan kerajaan?

Perlukah melontarkan kata di jalanraya,ini sahajakah caranya?

Kita kan di perantauan,bagaimana jihad pon takkan terkesan.

Ana bertafakur sebentar,memikirkan juga kebenaran kata-kata dari mulut itu,mulut yang lazim bertanya,tamsilan para cendekiawan di masa depan,kita harus bijak mengolah ayat,agar jawapan tidak meninggalkan luka kesan di hati teman-teman.

Namun tarbiah Allah cukup indah,dari rebung hingga menjadi buluh,jawapannya sudah tertulis di kotak minda,maka ringkas jawapannya....Andai tuan puan ingin menjadi pendakwah, lazimkanlah beristikharah...kerana pokok jihad itu...akarnya usaha...buahnya natijah...siraman ia amal ibadah...dan bajanya istikharah.

Selepas beristikharah,jika dianugerahkan cukup kesediaan mental dan fizikal,pemahaman yang jelas tentang adab bermuzaharah,maka yakinlah dengan setiap keputusan,andai petunjuk dari Allah itu berbentuk hidayah,nescaya ringan jasad untuk bermujahadah...dan jika petunjuk Allah itu menjelma dalam bentuk kesusahan,maka usahalah yang termampu untuk membantu sahabat-sahabat mukmin dalam perjuangan mereka.

Doa dan solat hajat kita lazimkan,solat istikharah sebelum membuat apa-apa keputusan,kerana setiap yang kita lakukan di dunia akan dipersoalkan di padang mahsyar kelak.Andai kezaliman yang kita ingin tumbangkan,jangan pula kita terhimpun dalam golongan yang menzalimi.Andai kekufuran yang ingin kita musnahkan,jangan pula kita kufur dengan setiap nikmat yang tuhan anugerahkan.

Semoga jika pelaksanaan kita itu indah,insyaAllah natijah kita juga kelak akan indah...

Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apabila seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa :




Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya.”

Akhir kalam,pujuklah hati untuk menerima.Walaupun itu bukan yang termudah bagi kita. Semoga setiap kesusahan,ada kesenangan,Setiap penderitaan,ada kebahagiaan.


Friday, July 8, 2011

Kufur nikmat


Dipetik dari kalimah suci ilahi,Surah Ar - Rahman,maksud ayat : Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Bismillahhirrahmanirrahim...

Beberapa hari lalu,di saat niat murni untuk berdakwah melalui peribadi hampir pudar,lantaran asyik diduga dengan ujian hidup yang pelbagai,saat itu jugalah Allah yang maha pengasih sering bijak menurunkan didikanNya.

Aku lantas teringat akan sesuatu yang agak lama telah ku lupuskan dalam kotak amalan setiap hariku di rantau wahabi ini.

Sebenarnya,sudah menjadi amalan lazim dalam keluargaku untuk sujud syukur setiap kali selepas solat. Tetapi,kerana selalu memikirkan akan ditegur oleh pakcik2 arab di masjid jika amalan lain diperkenalkan,sudah menjadi pemutus harap untuk beramal sedemikian.

Dulu pernah aku ditegur saat mula kaki menjejak masjid Nouh Al Qudoh(Masjid Jami3ah Yarmouk,ye itulah nama masjid tersebut),solat pertamaku di masjid itu adalah solat subuh,dan di sini,doa Qunut itu bukan sahaja bukan sunat mua2kkad,bahkan tidak pernah langsung dilakukan.Aku yang masih baru mengenal dunia luar,buat selamba je lah buat doa qunut sebab pada jenakku,mungkin imam ini lupa agaknya.

Tapi seusai solat,adalah seorang hamba Allah di sebelahku menegurku,tapi kerana ilmu bahasa arabku yang masih cetek pada waktu itu,aku menganggukkan sahaja(aku juga mengantuk),sehingga hamba Allah itu mula bersyarah dengan intonasi marah dan membuat muka selenga lambang hatinya yang masih berapi. Entah apa yang dimarahkan pon aku tak tau,tapi sejak pada itu,aku mula lebih berhati-hati dengan amalan yang ku lakukan di masjid. Kerana takut dikata orang,kerana risau dengan pandangan manusia yang tidak mengetahui akan makna mencari,dan takut akan sesuatu yang dianggap ganjil atau tidak selari dengan apa yang di dalam kamus ibadah mereka.

Maafkan anakandamu ini wahai ayahanda,tetapi Alhamdulillah...sekalung syukur atas doa kalian semua,diri ini kembali thabat untuk ibadah yang nampak kecil di mata,namun kesannya terasa,umpama perisa dalam masakan,tak diletak tak apa,namun jika ditambah,maka lebih terangkat aromanya.

Entry yang agak panjang,mukholasahnya perlu agar tidak disalah erti.Wahai sahabat-sahabatku pemegang panji Allah,ingatlah,dalam setiap amalan kita seharian,janganlah lupa untuk mengucapkan syukur,kerana tak ada manusia yang mampu tahu saat terakhir kita berterima kasih dengan pemberian Allah pada kita.

Andai syurga yang kita kejari,semoga dengan itu, kita niatkan untuk beramal ke jalan yang baik,dan dengan pelaksanaannya juga baik,insyaAllah berkatnya akan terasa.

Namun andai wang ringgit,PhD dan pasangan hidup yang kita angaukan,ketahuilah setiap saat kita terlalu obses dengan pencarian itu,saat itu jugalah cinta Allah akan semakin jauh dari kita.Andai Allah sayang kepadamu,nescaya Dia akan menunjukkan kerinduanNya kepadamu dalam setiap ibadahmu,tapi jika kamu terus melupakan Allah,nescaya pencarian kamu selama ini,akan menjadi sia-sia,kosongnya akan terasa.

Jangan kufur dengan setiap nikmat yang Allah berikan,kerana hidup kita yang sementara,pinjaman dari sang pencipta.Ucapkanlah syukur sentiasa,agar Allah akan ingin memberi yang terbaik kepada kita juga sentiasa.

Ya Allah,sesungguhnya Engkau maha pemberi,maka ku pohon agar kau berikanlah kepada kami yang terbaik dalam setiap apa yang kami lakukan,sedarkanlah kami dengan hidayahmu dalam setiap kesalahan yang kami kesalkan,dan dekatkanlah hati kami dengan dengan cintamu,agar hati ini sentiasa rindu kepadaMu,dan tidak terharap lagi cinta selainMu...Amiin ya Rabbal 3alamin...

Wednesday, July 6, 2011

Muhasabah itu harus,istiqamah itu wajib



Bismillahhirrahmanirrahim...

Menusuri ruang waktu yang saban hari berlalu semakin cepat,aku mula terfikirkan saat bermula kehidupan di bumi anbia ini.

Kira-kira lagi 2bulan cukuplah 5tahun berada di sini,dan mengikut hukum Allah,setiap yang diciptakannya pasti akan menemui ajal,handphoneku,pingggan mangkukku,semua sudah menemui ajal,dan kini semangat berjuang itu pula telah menghampiri ajalnya.

Berbagai ujian datang menimpa saat diri ini mula melangkah ke tahun akhir pengajian,pelbagai soalan kepada sang pencipta telah ku utarakan dalam solatku dan doaku.

Kerana solatku ini milikMu,kerana amalku ini milikMu,kerana hidup ini milikMu,dan kerana saatku mati juga milikMu,maka aku pohon,agar kau kurniakanlah yang terbaik dalam setiap satunya.

Semoga setiap saat dalam hidupku ini,muhasabah diriku adalah keranaMu,bukan kerana mengejar sesuatu.

Semoga setiap ibadah yang ku istiqamahkan saban hari ini bukan untuk mencari cinta selainMu,tetapi cinta yang disandarkan kepada rindukan syurgaMu.

Pernah aku menjadi segagah singa di rimba,seteguh karang di lautan,namun istiqamah yang berasbabkan manusia,muhasabah kerana duniawi,niat murniku dibelenggu nafsu,lantas tewas aku menjadi lalang di padang,ditiup aku mengikut.

Penulisanku ini kurang berfakta,hanya pengalaman...namun pengalaman itu pedoman,tidak semua yang indah dapat dirasakan tanpa melalui pengorbanan.

Ya Allah,cekalkanlah hati menusuri ujian ini,titipkanlah kebahagiaan di akhir perjalanan ini.

Aku cinta padaMu ya Allah... Aku sayang padaMu ya Allah... Ya Muqallibal qulub,thabbit qalbina 3la deeneka ya Allah...

Saturday, July 2, 2011

Tajdid niat


Bismillahhirrahmanirrahim...



Tajdid niat atau perbaharui niat...

Semua yang mencari erti di sebalik makna ini akan mengetahui serba sedikit tentangnya.

Namun apa yang penulis ingin utarakan adalah keperluan memperbaharui niat dalam setiap perkara yang ingin dilakukan.

Ana ambil suatu kisah rekaan ana sebagai contoh :

Anwar sejak dari bangku tadika KEMAS lagi sudah melakukan perbuatan mungkar dan menzalimi orang lain,dia tidak segan silu melakukan dosa selama hidupnya,tetapi di saat akhir nafasnya,Anwar tiba2 merasa insaf dan segera bertaubat,serta menyesali perbuatannya selama ini.

Abu pula sejak dari bangku tadika PASti lagi suka melakukan amal kebaikan,selalu menolong orang dan beribadah setiap hari namun di saat akhir nyawanya,dia merasakan seolah2 rugi kerana tidak mencuba pelbagai hiburan duniawi selama dia hidup.

Jika para pembaca budiman sekalian punya pengetahuan luas dalam bidang pembacaan,insyaAllah antum akan mengetahui yang mana satukah akhirnya akan menjadi ahli neraka dan yang mana pula adalah ahli syurga.

Maha Pengampun Allah,Maha Penyanyang Allah...Walau dosa setinggi gunung sekalipon akan diampunkan,dan walau kebaikan sekecil zarah pon akan diganjarkan.

Oleh itu sahabat mujahid dakwah ku sekalian,ingatlah,walaupun kita merasakan bahawa kita ini sudah sangat jahat,janganlah kita putus asa untuk berubah,dan andai antum merasakan bahawa diri sudah terlalu banyak pahala,janganlah berhenti untuk menambah pahala,kerana kita tidak akan pernah tahu saat roh dicabut itu bila dan bagaimana kita di saat itu.

Sentiasalah memperbaharui niat antum dalam setiap apa yang ingin kita lakukan,agar niat yang ikhlas mencari keredhaan Allah itulah yang ingin kita jadikan sebagai amalan pengakhiran kita sebelum dijemput menghadap Allah...

Wassalam

Thursday, June 30, 2011

Kekuatan iman




Bismillahhirrahmanirrahim...

Belakangan ini,hati sering diganggu bisikan halus yang menyimpang dari tujuan yg ingin ku gapai,

Kalau iman ini kuat,kau bimbinglah agar ia terus kuat,

Andai iman ini lemah,kau datangkanlah bantuanMu agar iman ini dapat dibimbing,


Tutuplah jiwa ini dari terus mencari yang lain selain cinta Mu...Ameen ya Rabbal A3lamin

Wednesday, June 29, 2011

Suatu permulaan dalam noktah kehidupan




Bismillahhirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...segala puji dan syukur dipanjatkan kepada sang pencipta, Rabbul izzati,tuhan yang maha pemurah,pemilik setiap kejadian.

Dengan limpah kurniaMu,aku masih di sini,setelah melalui suatu fatrah yang ku anggap paling mencabar sepanjang hidupku,ujian bagi hamba rijalMu yang mengaku beriman,aku kini lulus,dan aku masih mampu untuk mengucapkan syukur padaMu...Alhamdulillah syukur.

Ya Allah,Janganlah Engkau ragut nyawaku tatkala aku masih di ambang kelalaian, Thabatkanlah aku dalam perjuangan membela agamaMu yang telah Engkau tetapkan,sepertimana yang telah diwakafkan diri ini sebagai mujahid dakwah, dan Jauhkanlah aku dari godaan syaitan durjana yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkanku dari jalan ini,jalan yang diimpikan oleh para mujahid dakwah di seluruh dunia.

Ya Allah, Lapangkanlah dadaku untuk menerima segala yang berlaku,semoga ia menjadi titik permulaan kehidupanku dan insan itu...semoga peristiwa ini menjadi muhasabah sejauh mana tingkatan iman kami...Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik bagiku.

Ya Allah, Aku memohon padamu,memohon dengan sangat-sangat ya Allah, kerana Engkaulah sumber kekuatanku di saat aku memerlukan ya Allah,tiadalah daya diri ini untuk meneruskan kehidupan andai tiada cintaMu padaku, dan sesungguhnya hambaMu yang leka dengan cinta dunia ini telah terlalu banyak berdosa padaMu, Ampunkanlah dosaku dan titipkanlah kebahagiaan dalam jihadku ini, di akhirnya nanti, yang aku dambakan hanyalah syurgaMu...Ameen ya Rabbal alamin...

Wednesday, June 16, 2010

Hati asas pergaulan



Assalamualaikum....

Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan
taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan
penting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta
jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan
berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.

Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:

‘Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa
gementarlah hati-hati mereka.’

Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan
keimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran
yang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.

Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang
diungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan
harian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun
tiada sebarang penjelasan melalui percakapan.

Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra
dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam
pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa
kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari
helah bagi melindung diri dari penipuan.

Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi
setiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah
penentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di hari
pembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan
yang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang beriman.

Lantaran itu Rasulullah sentiasa memberi peringatan terhadap
umatnya melalui sabda baginda:

‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu
sendiri.’