Pages

Saturday, September 24, 2011

Kenapa Nak Mansuh ISA?

Bismillahhirrahmanirrahim...




Gempar negara Malaysia apabila ada pihak yang mengatakan bahawa ISA hendak di hapuskan.Berita ini mengundang pelbagai sentimen dan perasaan kepada masyarakat Malaysia.Teringat saya luahan hati seorang wanita yang mengatakan suami dan anak buahnya telah berada dalam tahanan isa hampir 3 tahun,semestinya wanita itu sedang tersenyum.Tidak kurang juga yang tidak merasa apa-apa kepentingan dalam pemansuhan ISA.




Saya antara orang yang akan merasa sangat gembira apabila ISA dimansuhkan.Paling utama,kegembiraan itu terbit kerana rasa syukur kepada Allah bahawa sistem hukuman yang jauh tersimpang dari garisan syariat tidak lagi menjadi ancaman masyarakat.



Seperti artikel yang lepas,telah saya tekankan bahawa sistem Qanun Islam merupakan satu bentuk kerahmatan dan memberikan perlindungan kepada masyarakat atau individu,berbeza dengan system qanun yang ada pada hari ini,sesetengah daripada pelaksanaan nya dilihat pincang dan mempunyai agenda tersembunyi demi kepentingan pihak-pihak tertentu.



Dalam islam terdapat beberapa pecahan dalam sistem Qanun Islam iaitu:
1.hudud
2.qisas & diat
3.taazir

Dalam artikel ini saya tidak berhasrat untuk membahas jenayah hudud dan qisas secara mendalam dan panjang lebar kerana kedua-dua jenayah ini telah mempunyai ketetapan kes-kes jenayah yang tertentu.Jenayah hudud dan qisas juga telah mempunyai bentuk-bentuk hukuman dan keseksaaan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Secara ringkas,kes-kes jenayah yang terdapat dalam hudud ialah:
1.zina
2.menuduh zina
3.minum arak
4.mencuri
5.merompak
6.murtad
7.penderhakaan



Manakala dalam jenayah qisas dan diat:
1.membunuh
2.memukul dan mencederakan
3.mengugurkan kandungan



Dalam jenayah taazir ianya tidak mempunyai pecahan-pecahan jenayah yang tertentu.Para fuqaha memberikan taarif taazir sebagai hukuman yang tidak ditentukan kadarnya oleh syarak yang merupakan hak Allah atau hak individu atas setiap maksiat yang tidak dihukum dengan hukuman had atau kiffarah.


Oleh itu dapat difahami bahawa kes-kes jenayah yang ada dalam skop jenayah taazir tidak khusus dan terbatas pada kesalahan-kesalahan tertentu seperti dalam hudud dan qisas diat dan secara jelasnya menunjukkan bahawa setiap elemen dalam isa harus dibahas dalam perincian jenayah taazir untuk menentukan adakah ISA itu selari dengan syariat atau tidak.



Apabila tidak terdapat ketetapan hukuman dan kesiksaan dalam jenayah taazir maka syariat memberikan kuasa kepada pemerintah untuk mengenakan hukuman yang sepatutnya namun tindakan yang di ambil tidak boleh bertentangan dengan nas syarak dan dasar-dasar umum bagi syariat islam.


Para fuqaha membahagikan taazir kepada dua bahagian:
1.taazir sebagai hak Allah(hak masyarakat)
2.taazir sebagai hak manusia(hak individu)

Taazir sebagai hak Allah merupakan suatu kesalahan yang menyentuh kepentingan umum dan yang dapat mencegah keburukan daripada masyarakat.Contoh jenayah ini ialah seperti meninggalkan puasa dan solat.Ianya dilihat sebagai kesalahan yang memberikan implikasi yang sangat buruk kepada kesejahteraan masyarakat keseluruhan sekiranya masyarakat terdidik dengan suasana yang meninggalkan puasa dan solat.



Taazir sebagai hak manusia pula ialah sesuatu yang menyentuh maslahat dan kepentingan individu tertentu sebagai contoh seseorang yang mencela seseorang yang lain maka taazir hanyalah merupakan hak orang yang dicela semata-mata.



Tujuan utama pelaksanaan hukuman taazir dalam syariat islam ialah pencegahan dan pengajaran di samping pemulihan dan pendidikan.Maka apa sahaja tujuan yang bertentangan dengan tujuan sebenar taazir ini di haramkan oleh syariat.Sebab itu,islam mengharamkan taazir yang bertujuan semata-mata menyeksa sehingga membawa kerosakan sama ada pada jiwa dan fizikal seseorang.

Ahmad Ibrahim lebam matanya selepas ditumbuk Rahman Noor 


Secara dasar,ISA merupakan antara sistem qanun yang telah diputuskan oleh kerajaan untuk melindungi negara daripada ancaman yang boleh menggugat keharmonian negara itu sendiri.Dari sudut objektif penubuhan,ianya tidak bercanggah dengan taazir.Tetapi apa yang menjadikan ISA sebagai sistem qanun yang tidak patuh syariat adalah dari sudut kesiksaan atau hukuman dan pentsabitan jenayah.



Dalam syariat islam,terdapat beberapa jenis hukuman taazir.Antaranya:

1.hukuman yang mengenai tubuh badan:-
a.hukuman mati
b.hukuman sebat

2.hukuman yang menyekat kebebasan
a.tahanan
b.buang daerah atau negeri

3.hukuman berbentuk harta(pembayaran ganti rugi)

Selain itu,antara hukuman taazir yang lain ialah seperti menyebut kesalahan dan memberi nasihat,menghadirkan diri ke mahkamah,melucutkan jawatan dan sebagainya.Dalam pentsabitan hukuman taazir ianya terpulang kepada pemerintah untuk menentukan hukuman yang sesuai untuk membanteras sesuatu jenayah.



Apa yang perlu di teliti dalam pelaksanaan hukuman taazir ialah ianya tidak membahayakan dan merosakkan seperti memukul sehingga lebam,melepaskan anjing-anjing buas untuk ‘meratah’ badan tahanan dan sebagainya. Justeru,islam telah menggariskan kaedah-kaedah pelaksanaan hukuman taazir yang sepatutnya seperti kaedah sebatan demi memastikan pelaksanaan itu patuh syariat dan tidak terpengaruh dengan emosi amarah dan kepentingan pihak tertentu.



Pelaksanaan hukuman bunuh dalam taazir pula hanya di haruskan untuk kesalahan jenayah yang sangat berbahaya.Menurut fuqaha Hanafi,ahli zimmah yang mencela Rasulullah dan menggugat politik islam harus untuk dibunuh.Begitu juga dengan pendapat mazhab yang lain seperti mazhab syafie yang mengharuskan hukuman bunuh terhadap gerakan bidaah dan bagi mazhab hanbali harus hukuman bunuh terhaqdap pengintip-pengintip untuk musuh islam.



Dalam soal penstabitan jenayah pula,islam adalah agama yang sangat teliti dan tidak akan pernah menzhalimi dan menganiaya.Sebelum sesuatu hukuman di putuskan pelbagai ruang-ruang pengadilan di buka seperti mendatangkan saksi,penelitian qarinah dan bukti,pengakuan atau penafian tertuduh,perbicaraan dan sebagainya.hebatnya islam sehingga latarbelakang saksi turut di ambil kira,sehingga memungkin kan saksi yang tampil bebas dari pengaruh mana-mana pihak dan kenyataannya boleh di percayai atas penelitian akhlak nya yang di yakini.



Justeru,kita nilai dimana syariat islam di letakkan dalam sistem ISA? Ingin saya tekankan sekali lagi,ISA bukanlah satu isu politik yang menjadi perjuangan mana-mana pihak samaada yang bersetuju atau tidak,tapi kewujudan ISA adalah satu isu yang mencemarkan sistem qanun islam.  Wallahu alam.


*Artikel by Hamba Allah

No comments: