Pages

Friday, September 2, 2011

Dakwah menuju Allah


Bismillahirrahmanirrahim...


Sahabat sekalian,
Dakwah kita bukan dakwah yang singkat,dakwah kita jalannya cukup panjang,dan di setiap jalan kita berdepan dengan pelbagai cabaran.Pejuang-pejuang islam perlu memiliki sikap berhati-hati yang sangat tinggi. Teringat ana,pengisian yang ana kongsi kan dengan sahabat-sahabat di UIA berkenaan 2 kisah hijrah yang berbeza.

1.Hijrah Rasulullah:Rasulullah cukup berhadzar dalam hijrah baginda,cukup teliti dan berstrategi.



Ali menggantikan tempat tidur untuk mengaburi mata puak kuffar,dalam hijrah baginda ada unit makanan,unit risikan,unit pengangkutan..Kesemuanya dirancang Rasulullah dengan teliti. Sampai akhirnya Rasulullah tiba di Madinah. Mempersaudarakan semua lapisan masyarakat,membina rijal-rijal dakwah,membumikan islam dengan menyampaikan perihal islam pada masyarakat,dan akhirnya penduduk Madinah bersetuju menjadikan islam sebagai neraca fikir,sebagai sistem hidup dan tertegaklah daulah islam dengan Quran Sunnah menjadi perlembagaan.

2.Hijrah Umar:merupakan hijrah yang sangat dahsyat dan berani.



Dalam keadaan di mana puak kuffar sentiasa mengambil peluang untuk membunuh Rasulullah,membunuh mereka yang memeluk islam,menyiksa insan yang mahu menerima dakwah nabi,Umar dengan lantang mendedahkan keislamannya malah mencabar sesiapa sahaja yang menghalangnya dari berhijrah.
"Barangsiapa yang mahu ibunya kehilangan anak??siapa yang mahu anaknya menjadi yatim??siapa yang mahu isterinya menjadi janda??halang aku!"
Tidak ada seorang pun yang berani menyentuh umar apatahlagi menghalang perjalanan belia.Akhirnya selamatlah Umar bergabung dengan Rasulullah.



Perkara ini disebut dalam kitab Fiqh Sirah tentang signifikan hijrah Rasulullah dan Hijrah Umar.

Adakah kita hendak mentsabitkan Rasulullah tidak kuat,lemah,tidak berani?..tidak sahabat-sahabat,tetapi kedudukan Rasulullah ketika itu,perlu melindungi dan dilindungi. Jika tidak,sudah pasti gerakerja bginda dalam menyampaikan islam akan terencat kerana wahyu hanya turun pada Rasulullah.Malah kita tahu setiap apa yang dibawa dalam diri Rasulullah,perlakuan dan percakapannya akan dijadikan iktibar ummah.

Berbeza dengan Umar,kekuatan yang ada dalam dirinya lebih besar dari risiko bahya yang didepani.Mengikut pengalaman Umar,ketika masih bersama dengan puak Kuffar sebelum beliau memeluk islam beliau merupakan seorang yang digeruni,merupakan individu yang berpengaruh.Atas pemerhatian Umar dengan keadaan sekelilingnya,kekuatan dan kelemahan musuh terhadap dirinya,Umar merasa tidak ada sebarang masalah pun sekiranya beliau hendak menzahirkan hijrahnya kerana beliau tahu dan yakin tidak ada yang berani menentang,tambahan pula Umar punya kemampuan untuk melawan.



Signifikan tentang hijrah dua tokoh besar islam ini ada ditulis dalam kitab fiqh sirah sebagai renungan dan pedoman buat semua aktivis dakwah.Perancangan dan strategi yang tepat akan memudahkan kelancaran dakwah.



Senyap bukan bererti kalah...Boleh jadi,kesenyapan itu bisa menjadi belati yang paling tajam bila tiba masanya...Teruskan derap langkahmu meraih syurga yang dijanjikan Rabbul Jalil.Allahu Akbar!!!




Sidang pemegang panji Allah sekalian,adapun ini adalah sedikit perkongsian dari seorang sahabat ana yang amat mantap fikrahnya,seorang yang amat ana kagumi semenjak di bangku persekolahan lagi. Semoga sama-sama kita beroleh istifadhah dari perkongsian ini enshaAllah.



No comments: